|
|
CityBeach ApartmentsCityBeach Apartments sesuai untuk pelajar antarabangsa yang sedang menuntut di Adelaide.
Kedudukannya ialah pada jarak perjalanan 10 minit dengan menaiki pengangkutan awam dari kampus bandar University of Adelaide dan UniSA (rujuk peta) dan dalam perjalanan ke Flinders University dan kolej di Regency Park. Anzac Highway adalah jalan cabang utama dari bandar raya ke Glenelg Beach. Ada banyak bas awam yang lalu dengan kerap dari Anzac Highway ke pusat bandar Adelaide dan ke pantai pelancong metropolitan yang paling popular di Adelaide, iaitu Glenelg. Bas yang menuju ke bandar lalu menerusi Adelaide Central Market dan kawasan China Town Adelaide di Grote Street. Adelaide Central Market adalah tempat yang pasti menepati segala keperluan makanan segar anda. Sebuah pusat beli-belah yang besar juga terletak hanya 300 meter dari kompleks CityBeach Apartments. Pusat beli-belah ini mengandungi pasar raya dan gedung K-Mart. Anda akan mendapati lokasi CityBeach Apartments sangat memudahkan hidup anda. CityBeach Apartments adalah moden, bersih dan mampu disewa. Sewa setiap apartmen berharga daripada AU$170 hingga AU$195 seminggu. Setiap apartmen terdiri daripada 2 bilik tidur, ruang tamu terbuka, dapur yang serba lengkap, bilik mandi peribadi dan tandas. Kebanyakan apartmen ini dilengkapi almari binaan dalam, katil kelamin, katil bujang, meja tulis, sofa, TV warna, meja makan dan kerusi, peti sejuk, pembersih vakum dan sebagainya, tetapi cadar tidak disediakan. Akses Internet ADSL sudah tersedia. Ada 2 kedai dobi di situ yang menyediakan mesin basuh dan mesin pengering yang beroperasi dengan syiling. Tempoh penghunian atau sewa minimum yang biasa ialah 12 bulan. Tempoh sewa sekurang-kurangnya 6 bulan boleh dipertimbangkan bagi keadaan tertentu. Ramai pelajar luar negara tinggal di CityBeach Apartments. Mereka gembira di CityBeach Apartments kerana apartmennya bersih, kemas dan tidak mahal. Apartmen ini lebih mampu disewa lagi apabila dua orang berkongsi kos sewa dan utiliti mingguannya. Harga sewa mingguan bergantung pada mutu dan jumlah perabot yang disediakan di sesuatu apartmen. Apartmen yang dilengkapi perabot moden yang terbaru disewakan pada bayaran yang lebih tinggi daripada apartmen dengan perabot yang lebih lama. lihat foto contoh>>
Beberapa apartmen dilengkapi pinggan
mangkuk, perkakas makan, periuk dan
alatan asas. Cadar dan bantal tidak
disediakan, namun barang-barang ini
boleh dibeli pada harga yang
berpatutan di gedung K-Mart yang
berhampiran.
Di samping bayaran sewa mingguan bagi apartmen CityBeach anda, anda juga perlu menanggung kos elektrik yang anda guna dan caj khidmat telefon. Kos bekalan air dan semua belanja lain sudah disertakan dengan bayaran sewa mingguan apartmen ini. Sebelum anda berpindah ke apartmen anda, anda akan dikehendaki membuat bayaran pendahuluan (secara tunai atau cek yang dijelaskan) yang bersamaan dengan nilai sewa 2 minggu dan juga bon keselamatan yang bersamaan dengan nilai sewa 4 minggu. CityBeach Apartments sentiasa menjadi rebutan, lebih-lebih lagi pada bulan Januari dan Februari setiap tahun apabila ribuan pelajar antarabangsa tiba di Adelaide untuk memulakan pengajian mereka di universiti dan kolej di Adelaide. Tapak web kami sentiasa dikemaskinikan dengan butir-butir semua Apartmen CityBeach yang kosong dan yang bakal menjadi kosong. Semaklah di tapak web kami dari masa ke masa. Anda boleh menyatakan kehendak anda melalui borang permohonan dalam talian Apartmen CityBeach kami. Anda boleh melihat senarai Apartmen CityBeach yang bakal menjadi kosong di http://www.abelrealty.com.au/citybeachlist.htm. Dapatkan senarai apartmen sewa kami di http://www.abelrealty.com.au/rentlist.htm. Gunalah pautan-pautan tadi untuk melihat peta lokasi Apartmen CityBeach, gambar contohnya atau terjemahan halaman ini kepada bahasa lain. Kami tidak menerima “tempahan” dan tidak boleh “memegang” sesuatu apartmen yang kosong selama tempoh yang panjang. Apartmen sewa biasanya disewa semula sebelum menjadi kosong atau dalam beberapa hari selepas menjadi kosong. Semaklah di tapak web kami lagi dalam masa 2 atau 3 minggu sebelum tarikh anda memerlukan apartmen untuk mengetahui sama ada terdapat apartmen kosong yang sesuai pada masa itu.
|
|
|