CityBeach
Apartments
CityBeach Apartments sesuai untuk
pelajar antarabangsa yang sedang
menuntut di Adelaide.
Ia
terletak hanya 3 km ke barat daya pusat
bandar Adelaide dan daerah perniagaan
pusat. CityBeach Apartments, yang
dilengkapi perabot, menduduki lokasi
yang baik di 133 Anzac Highway, Kurralta
Park.
Kedudukannya ialah pada jarak
perjalanan 10 minit dengan menaiki
pengangkutan awam dari kampus bandar
University of Adelaide dan UniSA
(rujuk peta) dan dalam perjalanan ke
Flinders University dan kolej di Regency
Park.
Anzac Highway adalah jalan cabang
utama dari bandar raya ke Glenelg Beach.
Ada banyak bas awam yang lalu dengan
kerap dari Anzac Highway ke pusat bandar
Adelaide dan ke pantai pelancong
metropolitan yang paling popular di
Adelaide, iaitu Glenelg. Bas yang menuju
ke bandar lalu menerusi Adelaide Central
Market dan kawasan China Town Adelaide
di Grote Street. Adelaide Central Market
adalah tempat yang pasti menepati segala
keperluan makanan segar anda.
Sebuah pusat beli-belah yang besar
juga terletak hanya 300 meter dari
kompleks CityBeach Apartments. Pusat
beli-belah ini mengandungi pasar raya
dan gedung K-Mart. Anda akan mendapati
lokasi CityBeach Apartments sangat
memudahkan hidup anda.
CityBeach Apartments adalah moden,
bersih dan mampu disewa. Sewa setiap
apartmen berharga daripada AU$170 hingga
AU$195 seminggu. Setiap apartmen terdiri
daripada 2 bilik tidur, ruang tamu
terbuka, dapur yang serba lengkap, bilik
mandi peribadi dan tandas. Kebanyakan
apartmen ini dilengkapi almari binaan
dalam, katil kelamin, katil bujang, meja
tulis, sofa, TV warna, meja makan dan
kerusi, peti sejuk, pembersih vakum dan
sebagainya, tetapi cadar tidak
disediakan. Akses Internet ADSL sudah
tersedia. Ada 2 kedai dobi di situ yang
menyediakan mesin basuh dan mesin
pengering yang beroperasi dengan syiling.
Tempoh penghunian atau sewa minimum
yang biasa ialah 12 bulan. Tempoh sewa
sekurang-kurangnya 6 bulan boleh
dipertimbangkan bagi keadaan tertentu.
Ramai pelajar luar negara tinggal di
CityBeach Apartments. Mereka gembira di
CityBeach Apartments kerana apartmennya
bersih, kemas dan tidak mahal. Apartmen
ini lebih mampu disewa lagi apabila dua
orang berkongsi kos sewa dan utiliti
mingguannya.
Harga sewa mingguan bergantung pada
mutu dan jumlah perabot yang disediakan
di sesuatu apartmen. Apartmen yang
dilengkapi perabot moden yang terbaru
disewakan pada bayaran yang lebih tinggi
daripada apartmen dengan perabot yang
lebih lama.
lihat foto contoh>>
Beberapa apartmen dilengkapi pinggan
mangkuk, perkakas makan, periuk dan
alatan asas. Cadar dan bantal tidak
disediakan, namun barang-barang ini
boleh dibeli pada harga yang
berpatutan di gedung K-Mart yang
berhampiran.
Di samping bayaran
sewa mingguan bagi apartmen
CityBeach anda, anda juga perlu
menanggung kos elektrik yang anda
guna dan caj khidmat telefon. Kos
bekalan air dan semua belanja lain
sudah disertakan dengan bayaran sewa
mingguan apartmen ini.
Sebelum anda berpindah ke
apartmen anda, anda akan dikehendaki
membuat bayaran pendahuluan (secara
tunai atau cek yang dijelaskan) yang
bersamaan dengan nilai sewa 2 minggu
dan juga bon keselamatan yang
bersamaan dengan nilai sewa 4 minggu.
CityBeach Apartments sentiasa
menjadi rebutan, lebih-lebih lagi
pada bulan Januari dan Februari
setiap tahun apabila ribuan pelajar
antarabangsa tiba di Adelaide untuk
memulakan pengajian mereka di
universiti dan kolej di Adelaide.
Tapak web kami sentiasa
dikemaskinikan dengan butir-butir semua
Apartmen CityBeach yang kosong dan yang
bakal menjadi kosong. Semaklah di tapak
web kami dari masa ke masa. Anda boleh
menyatakan kehendak anda melalui
borang permohonan dalam talian
Apartmen CityBeach kami.
Anda boleh melihat senarai Apartmen
CityBeach yang bakal menjadi kosong di
http://www.abelrealty.com.au/citybeachlist.htm.
Dapatkan senarai apartmen sewa kami
di
http://www.abelrealty.com.au/rentlist.htm.
Gunalah pautan-pautan tadi untuk
melihat peta lokasi Apartmen CityBeach,
gambar contohnya atau terjemahan halaman
ini kepada bahasa lain.
Kami tidak menerima “tempahan” dan
tidak boleh “memegang” sesuatu apartmen
yang kosong selama tempoh yang panjang.
Apartmen sewa biasanya disewa semula
sebelum menjadi kosong atau dalam
beberapa hari selepas menjadi kosong.
Semaklah di tapak web kami lagi dalam
masa 2 atau 3 minggu sebelum tarikh anda
memerlukan apartmen untuk mengetahui
sama ada terdapat apartmen kosong yang
sesuai pada masa itu.